Sabtu, 22 Mac 2014

~ SMI Aman





SMI Aman
mengorak langkah
bergelar murabbi
bergelar guru
itulah pendidik anak bangsa
mualimah gelaran diri
sapaan permata hati

Tingkatan 1
diri diberi subjek SEJARAH?
Tingkatan 2
diri diberi subjek Bahasa Melayu
Tingkatan 3
diri diberi subjek SEJARAH?
Tingkatan 4
diri diberi subjek SEJARAH?

Diriku tertanya...
mampukah aku menjadi mualimah SEJARAH?
mualimah yang osem???
menarik minat permata hati
mengenal SEJARAH!
Tanpa SEJARAH, tak ada catatan dalam kamus hidup MALAYSIA.
betul tak teori ni?
SEJARAH ISLAM?
adakah antum tahu?

Warga SMI Aman
pelbagai cerita di setiap kelas
bermacam ragam di setiap tingkatan
suka duka cerita hati bermula
ujian hidup pasti ada!
itulah lumrah kehidupan.

Moga diriku
sentiasa dalam taman sabar
menghadapi ujian dunia sementara
di ujana persinggahan ilusi!

Salam sayang...

~ DIAM

Mulutku - diam..
Degup Jantungku - diam..
Hela nafasku - diam..
Gerak nadiku - diam..
Akalku - diam..

Aku - diam..

Aku cuba mencari sesuatu dalam diam..
Aku cuba rasa degup jantungku dalam diam..
Aku cuba mengira hela nafas yang kuhirup dan kuhembus dalam diam..
Aku cuba fahami korelasi gerak nadi dan degup jantungku dalam diam..
Aku cuba terokai akalku dalam diam..

Aku cuba kenali aku dalam diam..
Aku cuba mencari aku..
Aku cuba mencari kamu..

Aku cuba mencari bahagia..
Aku cuba mencari cinta..

Aku cuba mencari DIA..

Mengapa aku masih diam bila dunia mahu aku bersuara ?

Kerana hanya dengan DIAM aku bisa temui SEMUA..
Aku dalam diam,
-Dr. Anwar Fazal Abu Bakar-

Salam pagi di hari Sabtu yang indah. Alhamdulillah...Kita masih bernafas, cuba bayangkan andai nafas ini terhenti seketika? Mampukah kita hidup bersama insan-insan tercinta?
DIAM? Selamat menghayati bait-bait indah daripada insan yang memberi inspirasi kepada ana untuk terus berbicara dalam pena osem ini. Ini pena ana untuk menjawab DIAM ana!

Selamat menghayati bicara di pagi hari.

Diam?
tika mulutku DIAM
aku tak bisa bicara kosong
tika degup jantungku DIAM
aku dah kembali pada DIA
tika hela nafasku DIAM
aku menghayati manhaj hidup yang sebenar
tika gerak nadiku DIAM
aku di ambang maut
tika akalku DIAM
masihkah ada hati yang bisa menghayati???

Aku dalam DIAM?
mencari identiti diri
yang hilang jejak!

Aku dalam DIAM?
penuh dosa hitam menggunung!

Hanya pada DIA!
kutemui segalanya...
Kembali pada DIA!
DIA menguasai diri hamba-Nya.

Ya R0bb, permudahkan segala urusan duniawiku!
Ya Robb, permudahkan segala urusanku di sana.

Jumaat, 21 Mac 2014

Pesanan Diri

Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Allah masih memberi nafas untuk sama-sama kita hidup di bumi sementara. Syukran antum! Syukran sudi membaca blog ini. Ana ‘update’ blog ini kerana pelajar-pelajar ana tanya,
“ Bila mualimah nak buat tajuk lain di blog tu?”
“ Asyik tajuk hari tu je bila kami buka,” kata mereka hampa.
Ana senyum. “Nanti la mualimah “update”.
Apa yang ‘special’ pasal blog ni? Detik hati tertanya. Senyum. Terima kasih si banin kacak bergaya dan si banat comel! Buat warga SMI Aman. Terimalah pena mualimah yang biasa tetapi penuh hikmahnya buat antum. Inshaa Allah. Tetap osem! ok?
Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara!
Kita harus memberi kesedaran kepada diri kita supaya ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Kenapa kita perlu ingat lima perkara ini? Tepuk dada, tanya iman. Kita tahu jawapannya.
Ilmu itu Penting!
Ilmu sangat penting dalam kehidupan setiap hamba. Tanpa ilmu, ibarat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat tidak dapat diperolehi. Ilmu umpama kunci kepada kebahagiaan itu. Walaupun sebuah bangsa itu memiliki jumlah penduduk yang ramai, tetapi tanpa ilmu dalam diri, mereka mudah dihancurkan dalam sekelip mata. Kedudukan ilmu agama adalah lebih tinggi dan lebih utama berbanding ilmu dunia. Melalui ilmu agama, seseorang dapat mengecapi kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Ilmu dunia hanya untuk dunia sahaja. Ilmu akhirat?
Melalui ilmu, kita dapat berdakwah. Dakwah adalah satu tugas yang mulia kerana ia merupakan misi yang menyambung risalah dakwah para rasul. Tanpa dakwah, agama Islam tidak akan tersebar ke seluruh dunia. Dakwah adalah tunjang kepada  penyebaran Islam. Namun begitu, dakwah bukanlah jalan yang ditaburi bunga-bunga indah untuk kaki melangkah kerana dipenuhi onak duri kehidupan. Tetapi, percayalah yang penghujungnya adalah sebuah kemanisan yang indah. Seseorang yang berniat untuk berdakwah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan semangat yang tinggi. Tanpa kedua-duanya, pendakwah pasti kecundang dalam kesesatan.
Apabila kita ingin mengubah seseorang, kita tidak perlu berbicara panjang lebar, cukuplah dengan menunjukkan akhlak yang baik. Apabila berilmu, kita boleh membezakan perkara bidaah, khurafat dan hadith palsu yang mengundang kepada pencemaran terhadap agama kita sendiri.
Aku, Dunia dan Akhirat
Cuba tanya diri, apa tujuan kita diciptakan? Tentu kita pernah tertanya pada diri kita, mengapa aku dicipta?
“ Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.”
Surah Az Zhariyat, ayat 56 itulah jawapannya! Matlamat hidup kita adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Itulah matlamat sebenar kita diciptakan! Sesungguhnya manusia yang baik itu bukanlah manusia yang tida pernah melakukan dosa. Tetapi manusia yang baik adalah manusia yang apabila dirinya melakukan sesuatu dosa, sama ada sengaja atau tidak, sama ada diketahuinya ataupun tanpa pengetahuannya, dia segera bertaubat kepada Allah.
Pesanan buat diri, jangan terleka dengan kehidupan dunia yang fana umpama fatarmorgana. Kehidupan dunia hanyalah persinggahan sementara menanti destinasi sebenar…akhirat!
Selamat bercuti selama seminggu! Gunakan masa yang ada untuk AKTIVITI yang osem! Ok? Salam sayang…