Jumaat, 29 Mac 2013

~ Mengapa Mengeluh???




Kita selalu bertanya dan al Quran sudah menjawabnya dengan jelas!

Kita bertanya: kenapa aku diuji?

Al Quran menjawab:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,     “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji 0rang-0rang sebelum mereka, maka Allah pasti Mengetahui 0rang-0rang yang benar  dan pasti Mengetahui 0rang-0rang yang dusta.”
~ Surah Al- ‘Ankabut : ayat 2-3 ~

Kita bertanya: kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al Quran menjawab :
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
~ Surah Al- Baqarah : ayat 216 ~

Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?

Al Quran menjawab :
“ Allah tidak membebani sese0rang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
~ Surah Al- Baqarah : ayat 286 ~

Kita bertanya : Kenapa kita rasa ‘frust’?

Al Quran menjawab :
“ Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu 0rang beriman.”
~ Surah Ali Imran : ayat 139 ~

Kita bertanya : bagaimana harus aku menghadapinya?

Al Quran menjawab :
“ Dan m0h0nlah pert0l0ngan kepada Allah dengan sabar dan s0lat. Dan s0lat itu sungguh berat, kecuali  bagi 0rang-0rang yang khusyuk.”
~ Surah Al Baqarah ; ayat 45 ~

Kita bertanya : Kepada siapa aku perlu berharap?
Al Quran menjawab :
“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”
~ Surah At Taubah : ayat 129 ~

Kita berkata : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Al Quran menjawab :
“ Sesungguhnya Allah Membeli dari 0rang-0rang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan Memberikan SYURGA kepada mereka.”
~ Surah At Taubah :ayat 111 ~


Kita berkata : Aku tak tahan!
“ dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya berputus asa dari rahmat Allah hanyalah 0rang-0rang yang kafir.”
~ Surah Yusuf : ayat 87 ~

Kita berkata : sampai bila aku akan merana begini?

Al Quran menjawab :
Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
~ Surah Al Insyirah : ayat 5-6 ~


M0ga bermanfaat untuk semua...

Salam hari JUMAAT yang 0sem!

1 ulasan: