Sabtu, 25 Januari 2014

Tema dan Persoalan Lestari Bukit Menghijau

TEMA

Kepentingan menjaga alam sekitar. Kita perlu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar kerana tumbuhan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Contohnya dapat dapat dilihat melalui watak Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara dan mengekalkan tumbuh-tumbuhan serta menanam banyak pokok bintangor di kawasan itu. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok.  Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar. Selain itu, Pak Tua juga berjaya mengubah sikap penduduk kampung dalam hal menjaga kebersihan persekitaran dan juga kepentingan tumbuhan kepada manusia.

PERSOALAN
1.    Persoalan cinta akan alam sekitar. 
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar  yang dipenuhi belantara.  Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok bintangor. 
2.    Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
3.    Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah. 
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari.
4.    Persoalan mempercayai kepercayaan karut. 
Pak Hamid mempercayai  khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah.  Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
5.    Prasangka buruk dan fitnah tidak membawa kebaikan
Seleman dan Kasa menaruh syak wasangka terhadap Pak Tua apabila melihat sekumpulan lelaki asing bertemu dengan Pak Tua. Mereka menabur fitnah bahawa Pak Tua merupakan seorang penjenayah dan pengedar dadah.. 
6.    Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
Pak tua sebenarnya merupakan seorang yang berilmu pengetahuan tinggi. Beliau merupakan Profesor Osman Yunus. Beliau bersama rakan-rakan penyelidiknya telah berjaya menemukan penawar kepada virus HIV yang diperoleh daripada ekstrak pokok bintangor.

3 ulasan: