Isnin, 7 April 2014

Kerana Kita Masih Bertuhan!

KERANA KITA MASIH BERTUHAN

kerana kita masih bertuhan,
kita perlu terus bangun berjalan,
kuat menghadapi segala halangan,
untuk terus mampu bertahan,
untuk capai segala impian.

kerana kita masih bertuhan,
kita perlu sujud penuh kesyukuran,...
atas kurniaan setiap pergerakan,
atas nikmat kesejahteraan kesihatan,
atas kebolehan penglihatan pendengaran,
serta segala nikmat kesenangan.

kerana kita masih bertuhan,
kita perlu mara kehadapan,
mara dengan segala kekuatan,
pertahan agama dan segala kehidupan,
agar terhindar segala kejahatan.

kita perlu lakukan perubahan,
sebelum kita jauh ditinggalkan,
sebelum dunia menuju kebinasaan.

hanya kerana satu alasan,
ya, kerana kita masih bertuhan.
Allahhu rabbi, beri kami jalan.

~ copy paste... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan