Khamis, 25 April 2013

~ Menjadi Lelaki Seratus Peratus 100%

lelaki-soleh





 Siapakah Lelaki 100% Itu?


Ana terbaca ini hari ini. Ana tertarik dengan tajuknya. Ana ambil ini daripada http://langitilahi.com. yang Hilal Asyraf punyer. entri ni osem! dan sesuai untuk si A.D.A.M! hehehe...iye! untuk si A.D.A.M!!!

J0m baca...m0ga bermanfaat duhai Si Adam milik 'ana'. itu nanti! haha...


“ Petua hidup mencapai kejayaan dan kebahagiaan : Hati mesti tulus, Ibadah mesti bagus, hidup mesti lurus, Ikhtiyar mesti serius dan Taubat mesti menerus.”
AA Gym

Bergetar jiwa dan naluri saya. Bagaikan digoncang-goncang.

“ Antum harus menjadi lelaki seratus peratus!,” Kata-katanya membakar jiwa saya dan rakan-rakan yang lain.
“ Hari ini ramai yang tidak menjadi lelaki seratus peratus.”
“ Ada hanya 60 % lelaki tetapi 40 % nya adalah pendusta, penakut dan pemaksiat!,”
“ Lelaki seratus peratus adalah lelaki yang jiwa dan hatinya bersih dan membulatkan amal kerana Allah SWT.”
“ Lelaki seratus peratus adalah lelaki yang penuh kewibawaan dan kesejatian!”

Pengisian jiwa dua tahun lepas benar-benar menggugah jiwa kerdil saya. Ia masih segar diminda saya.  Saya mengucapkan terima kasih kerana saudara Dzikrullah, Editor Hidayatullah kerana berkongsi perasaan dan nurani kepada kami semua dalam sesi majlis ilmu yang ringkas tetapi cukup bermakna.

“ Jadikanlah kehidupan disini menggerakan antum untuk menjadi lelaki yang sejati.”
“ Apakah rahsia dan cara untuk menjadi lelaki seratus peratus?,” Soalnya mudah kepada kami semua.

Semua terdiam seketika.
“ Antum harus memelihara solat fardu secara berjemaah di masjid. Bahkan di mana sahaja antum berada!,” Katanya dengan lantang dan terus bersemangat waja.

Penutup : Komentar seorang hamba

(1) Menjadi lelaki seratus peratus bukannya hanya diluaran aspek fizikal sahaja. Bahkan menjadi lelaki seratus peratus dari aspek emosinya, rohaninya dan akalnya. Lelaki seratus peratus mempunyai susuk keperibadian yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah utamanya. Rasulullah SAW adalah lelaki seratus peratus yang ideal.

(2) Kewibawaan seseorang lelaki seratus peratus ialah kepada amalannya. Saya amat-amat suka satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang Tokoh Gerakan Islam, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : "Biarkan amalan kita, menceritakan siapakah kita yang sebenarnya.”

(3) Mencintai solat fardu secara berjemaah adalah kayu ukur utama kepada amalan seseorang pemuda yang mencintai Rabba-Nya, Deen-Nya, Rasul-Nya dan saudara seislamnya. Dan, yang lebih utama ialah memelihara solat berjemaah secara konsisten, istiqamah dan penuh kekhusyukan di mana sahaja ia berada.
Solat berjemaah adalah kemuliaan dalam beramal. Ia sebenarnya sukar untuk diistiqamahkan. Ya, mungkin awal-awal bergerak kita punyai semangat, bimbang luntur dipertengahan jalan yang destinasi kehidupannya masih panjang.

(4) Berdoa dan mohonkanlah kekuatan daripada Ilahi yang Maha Agung dan Kuasa. Memohon kekuatan, kecekalan, ketabahan dan keteguhan yang luar biasa dalam beramal. Beramal untuk membentuk keperibadian mukmin muslim mengikut acuan Allah SWT. Ayuh, kita bergerak untuk menjadi lelaki seratus peratus!

Sahabat pembaca sekalian,

Bagaimana dengan kita?

Lelaki tulenkah kita semua?

100%?

Ok. dah baca antum semua?

Bagus! M0ga kita sama-sama ambil iktibar dan muhasabah diri ye...;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan