Khamis, 2 Mei 2013

~ Surah AN NUR Pembela WANITA.

 

Assalamualaikum...m0ga antum semua dalam rahmat ALLAH di dunia ilusi dan di dunia abadi. Insya-Allah...
Hari ini ana ingin k0ngsi tentang surah AN NUR. Ana dapat tau surah ni memang osem! khas buatmu duhai HAWA! Inilah surah pembela wanita! hmmm...penerangan ana sangat panjanggg. Jadi, sila sabar ye? mahu osem kan? baca ini ye...:)
Ana beli majalah ni sebab c0ver depan ni..hehe..Mohd Pierre Andre...tapi isi majalah ni osem tau ada pasal surah yang ana nak ceritakan ni...0k. ana nak sambung...baca tau! sampai habis...:)

Surah An Nur merupakan surah ke 24 dan terdiri daripada 64 ayat. Surah ini termasuk dalam g0l0ngan surah Madaniyah. Surah ini diberi nama An Nur bererti cahaya yang diambil dari kata An-Nur yang terdapat dalam ayat 35. Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan tentang Nur  Ilahi, iaitu al Quran yang mengandungi petunjuk-petunjuk. Petunjuk-petunjuk Allah itu, merupakan cahaya yang terang–benderang menerangi alam semesta.

Galakan mempelajari Surah An Nur:

1~ Said ibn Mansur, Ibnu al Mudzir, dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada
 Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
    "Ajarkanlah Surah al Maidah kepada kaum laki-laki kalian dan ajarkanlah kaum 
perempuan dengan surah An Nur.” ( Riwayat al-Baihaqi) 

2~Amirul Mukmimin Saidina Umar al-Khattab menyebarkan Rasulullah SAW itu 
kepada para pemimpin masing-masing. Haritsah Ibn Mudhrib berkata, 

"Khalifah Umar memerintahkan kami mengajarkan Surah an-Nisa,
 al-Ahzab dan an-Nur.”

3~Saidina Umar al-Khattab juga telah menulis surat ke segenap penjuru yang isinya; 

“ Janganlah se0rang wanita yang Muslimah itu memasuki pemandian umum, 
kecuali untuk berubat kerana sakit dan ajarkanlah, wahai para laki-laki,
 kepada isteri-isteri kalian surah an –Nur.”

4~ Saidina Umar al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah:

 “ Ajarkanlah wanita-wanita Surah an-Nur.” 

 Saidina Umar juga berkata:  

"0rang yang mati tanpa mengetahui/ mempelajari surah an-Nur, mati dalam kejahilan. 
Surah ini merupakan surah penting yang perlu diajar oleh setiap ibu kepada 
anak-anak daripada terjebak dengan zina. Di dalamnya mengandungi 
tatacara dan hukum mengenai pergaulan.”

5~ Sayidatina Aisyah r.a pula berpesan kepada wanita di zamannya:

 “ Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu hal memegang alatan dapur 
dan mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu 
surah an-Nur dan menenun benang.”


Fuhhh...pentingggg kan surah ni? Jadi kita kena tahuuuu...jangan buat-buat tak tahu!!! Peringatan untuk diri ana jugakkk...take n0ted wahai 0takku! t0l0ng bagi ana ingat ye? 0k. set!


“ Dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur 24:40)

0k. Dah penat k0 bac0 ni??? jangan! ana bel0oooommm habis lagii nak cerita sama antum semua. sab0 ye? nak pahala kan? jadi sab0 ye? 0k. tarik nafasss...senyum! osem p0m! :)

Ringkasan Kandungan Surah An-Nur

Surah ini mengandungi:

 Hukum-hakam penting tentang kekeluargaan
  • Membina sistem keluarga di atas landasan yang teguh
  • Memelihara keluarga daripada perkara yang merosakkannya
  • Memfokuskan supaya menyusun keluarga dengan betul dan menjaganya daripada runtuh
Surah ini dimulakan dengan:
  • Hukum had ke atas penzina, penuduh zina perempuan yang baik
  • Hukum lian atau menafikan nasab anak. Ini semua supaya membersihkan masyarakat daripada kerosakan akhlak, penyelewengan dan bercampurnya nasab keturunan. Jauh daripada meruntuhkan kehormatan maruah.
  • Memelihara ummah daripada terjerumus ke lembah kerosakan akhlak yang menghalalkan segala-galanya tanpa batas.
  • Disebut juga kisah al-lfk, fitnah besar terhadap Sayidina Aisyah r.a yang berpunca daripada sangka buruk dan terburu-buru menuduh perempuan suci.
  • Memerangi tersebarnya berita palsu.
  • Mengajar supaya kasih sayang mendasari kehidupan sesama Mukmin dan menjauhkan  was-was syaitan.
  • Surah ini uga menceritakan adab-adab bermasyarakat dalam kehidupan peribadi atau umum- meminta izin ketika memasuki rumah, menundukkan pandangan, memelihara kemaluan, menzahirkan perhiasan wanita kepada mahram yang menunjukkan haramnya percampuran bebas lelaki dan perempuan bukan mahram, mengahwinkan perempuan bujang, menjaga diri bagi mereka yang tiada belanja perkahwinan.
  • Ia juga menceritakan tentang dalil kebesaran Allah, kewujudan dan keesaan-Nya.
  • Surah ini juga menyebut tentang sikap munafik dan mukmin tentang hukum Allah.
  • Ia menceritakan hukum meminta izin bagi kanak-kanak pada masa-masa tertentu dan beberapa perkara adab lain termasuk adab dengan baginda SAW.
J0m kita 'bedah' surah ni pul0kkk...0k eh? j0ooommmm...

Pecahan isu-isu Perbincangan Surah An-Nur Mengikut tajuk...

A~ AL-IMAN (Keimanan)



1.Iman kepada ALLAH

  • Dzat yang telah menurunkan al-Quran  (ayat  1, 34, dan 46)
  •  Pemberi cahaya langit dan bumi (ayat 35)
  • Penguasa langit dan bumi ( ayat 42, 43, 44, 45 dan 64)   
           2.Iman kepada Hari Kiamat (ayat 23-25)

         3.Iman kepada Rasul, dalam Surah an-Nur ini disampaikan dengan 
menjelaskan Rasul  sebagai:
  •  Penerima wahyu Allah (ayat 1 dan 34)
  • Adab berkomunikasi dengan Rasulullah SAW (ayat 62 dan 63)
  • Sikap kaum munafik terhadap Rasulullah SAW (ayat 47 dan 50)   
4.Keadaan orang-orang kafir di Hari Kiamat (ayat 39 dan 40)

5.Mentaati ALLAH dan Rasul-Nya (ayat 51-54)

6.Landasan negeri beriman (ayat 55-57)

7.Proses penciptaan dan kehidupan haiwan (ayat 45)
  
B~SYARIAH (hukum-hukum)baca di bawah ini ye...:)
  • 1.  Hukum zina (ayat 2-3)
  • 2.    Hukum azaf atau menuduh 0rang lain berbuat zina (ayat 4-5)
  • 3.    Hukum li’an/suami yang menuduh isterinya berbuat zina (ayat 6-10)
  • 4.    Izin sebelum memasuki rumah (ayat 27-29 dan 57-60)
  • 5.    Hukum pandangan dan hijab (ayat 30-31)
  • 6.    Hukum pernikahan (ayat 32-34)
  • 7.    Makan di rumah 0rang tanpa izin (ayat 61)
uhhh? cara ana berpakaian dah betul k0 tak eh???

 cuba lihat itu gambar...ini kalilah!!!

uhhh??? sila fahamkan ini...peringatan untuk diri sendiri...

C~ AL-QISHSHAH (kisah)

Berita palsu tentang Sayidina Aisyah (ayat 11-26).

0k. dah habis p0n...haishhh...penat la c0py paste ni...tak pe...ana c0py paste sebab nak k0ngsi apa yang ana dapat dalam majalah ini untuk antum semua. Sem0ga dengan pecahan ayat-ayat surah ini mengikut tiga tajuk utama ini memudahkan antum semua mendalami lagi isi pengajarannya. iye! manfaatkan surah ini!

Pesanan Sang Bidadari buat si Adam dan si Hawa,

Ajarlah anak gadismu Surah An-Nur…sesungguhnya ibubapa lah yang menc0rakkan anak-anak nanti terutama anak gadis!!! 

Buat si Adam, kamu akan menjadi bapa! d0sa anak gadismu nanti akan kamu tanggung andai anakmu berbuat d0sa. Kamu mahu itu? Jadi...jadilah abi yang osem eh? 0k.

Buat si hawa, kamu akan menjadi ibu! kamulah m0del pertama anak gadismu! kamu mahu dia hanyut dengan kem0denan dunia fesyen??? jangan jadi buta! fahamkan! amalkan! ajarkan! surah An-Nur untuk anak gadismu nanti. Kamu mahu jadi umi osem eh? 0k.

Keunikan dan Keistimewaan  Surah An-Nur

Ibarat cahaya menerangi kegelapan sebuah kehidupan. Surah ini dimulakan dengan suatu ayat penegasan daripada ALLAH SWT. Tiada surah lain dalam al-Quran yang dimulakan dengan penegasan yang sangat keras kecuali surah ini. ALLAH SWT memberi penegasan bahawa apa yang terkandung dalam surah ini sangat penting untuk dilaksanakan, dihayati dan diaplikasikan.

“(Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hakamnya dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran ALLAH) yang jelas, agar kamu ingat.”

~ Sumber Majalah Anis April 2013 (m/s 17-22)


0k...sekian saja untuk tinta kali ini. M0ga bermanfaat...m0ga amalkan dalam dunia ilusi ini. 0k?

Assalamualaikum...sayang antum semua sebab baca sampaiiiiii habiiisssss...<3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan