Latar Masa
1. Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya
pertandingan Sekolah Lestari).
2. Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa :
i) Pagi – Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua dengan lebih rapat.
ii) Petang – Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
iii) Malam – Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat
1. Kampung Alor Rambai
Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai.
2. Bukit Bintangor
Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai
Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.
4. Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
5. Kedai Runcit Pak Long Hamad
Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
6. Rumah Hamzah
Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang demam.
7. Hadapan rumah Zahiran
Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya.
8. Sungai Jeneri
Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.
Latar Masyarakat
9. Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah.
Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.
10. Masyarakat pendidik yang berwawasan.
Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
11. Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.
Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
12. Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.
Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.
http://lamanbahasa.wordpress.com/komsas/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan