Sabtu, 25 Januari 2014

Gaya Bahasa Lestari Bukit Menghijau

Diksi
1.            Penggunaan kata yang mudah difahami.
2.            Penggunaan istilah-istilah saintifik. 
            Contoh:  atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus.
3.            Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab.  Contoh:  madrasah.
4.            Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh:  mosquito.
5.            Penggunaan dialek.
Contoh:  benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur (keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak tangan).

Penggunaan Ayat
 1.            Penggunaan ayat yang pendek.  Contoh:  Pagi berkabus.
       2.            Penggunaan ayat yang panjang.  Contoh:  Di pinggir bukit yang kaya denganpokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak.

Bahasa Perbandingan
1.            Simile.
            Contoh:  seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam Datuk
            Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam        TV3 (m.s: 41)

Penggunaan imej alam
Contoh:  sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan nyamuk.

Sinkope
Contoh:  tak, ni, nak, dah dan tu.
   
Personifikasi
Contoh:  mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi.

Ungkapan Menarik
            Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s : 10)
           
            Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang di    sebalik batu. (m.s: 24)

            Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya matahari.         Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang       menderu segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan