. Nilai kasih sayang antara sesama insan.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
. Nilai baik hati.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
Nilai bertanggunjawab.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka.
Nilai bekerjasama.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
Pengajaran
|
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk
Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi
mengubati penyakitnya.
Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang lain.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.
Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang diberikan.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan
yang diamanahkan kepada mereka.
Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada setiap masa.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
See You AgaIn....
BalasPadamWiz KhaLiFaH....%