Jumaat, 31 Januari 2014

Sajak di Tunas Cipta

Umi
 Umi,
dalam sedihnya
dia mampu tersenyum
dalam gembiranya
dia menangis girang
tanda syukur rezeki dari-Mu.

Umi,
dirimu tak pernah jemu
berdoa menadah tangan
memohon keberkatan
kepada Sang Pencipta agung
supaya anak-anakmu berjaya
di dunia dan akhirat.
~ 0g0s 2012


Sebuah kapal
 Kapal putih
berlalu pergi
belayar ke lautan biru
meninggalkan kekasih hati
bersama bunga-bunga kecil.

Perginya dia
meredah lautan api
demi secangkir rezeki.

Siang berganti malam
sehari berganti berbulan
menanti dia di taman sabar
ke pangkuan hati.
~ 0kt0ber 2012


Terus berjuang
 Maranya dia
di persada dunia
mengorak langkah
demi negara tercinta.

Terus berjuang
demi sebutir bintang
demi maruah negara.

Walau ombak besar menggunung
taman semangat sentiasa mekar
untuk terus berjuang
demi negara tercinta!
 ~ N0vember 2012

Ilham hadir tanpa diduga...hanya DIA yang tahu segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan